fbpx

Lelaki tular mengamuk di lebuh raya diarah jalani pemeriksaan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainordin Mohamed (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini bagi menghadapi tiga pertuduhan termasuk khianat.- FOTO: MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

KUALA KANGSAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan lelaki yang videonya tular kerana mengamuk di lebuh raya dekat sini Ahad lalu, dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Perintah tersebut dikeluarkan Hakim Rohaida Ishak terhadap tertuduh, Zainordin Mohamed, 36, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asmaniza Mohammad.

Hakim Rohaida Ishak mengarahkan Zainordin menjalani pemeriksaan di hospital dekat Tanjung Rambutan, Ipoh itu selama sebulan.

Mengikut pertuduhan, Zainordin yang tidak bekerja itu melakukan khianat iaitu menendang cermin sisi sebelah kanan sebuah kereta milik seorang lelaki hingga menyebabkan kerugian RM200 di Kilometer 253, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dalam daerah Kuala Kangsar pada pukul 6.09 petang, 12 Jun 2022.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bapa kepada dua anak itu turut didakwa memberikan dadah berbahaya jenis THC ke dalam tubuh sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada pukul 3.40 petang, 14 Jun 2022.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI