fbpx

Kau pun bukan suci sangat – Fify Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIFY AZMI

PETALING JAYA – Dituduh ambil dadah untuk fokus dalam lakonan, pelakon Fify Azmi menyifatkan kenyataan yang dilemparkan seorang wanita sebagai satu fitnah melampau.

Fify atau nama sebenar Nur Afiqah Mohammad Azmi berkata, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan merupakan satu fitnah yang sengaja direka untuk mengaibkan dirinya.

Baginya, isu tersebut tidak perlu dibangkitkan berikutan langsung tiada kaitan dengan kes pecah amanah atau isu melarikan wang berjumlah RM15,000 oleh wanita terbabit sebagaimana kecoh diperkatakan baru-baru ini.

“Dia tahu benda ini adalah fitnah dan satu kesalahan sangat besar. Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Dia tidak ada bukti nak cakap benda macam tu.

“Kenapa dia tiba-tiba nak sebut benda yang tak ada kaitan dengan isu ni (pecah amanah). Tak perlu buka aib orang kalau benda tak betul.

“Kau pun bukannya suci sangat pun, nak buka aib orang, kena cermin diri sendiri dulu. Lepas ni mana-mana artis akan susah nak bekerjasama dengan kau sebab tahu dah perangai macam mana,” katanya.

Terdahulu, wanita terbabit memuat naik status berunsur ugutan dalam InstaStory miliknya yang dipercayai ditujukan kepada Fify biarpun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.

Antara status yang dimuat naik sebelum dipadam Nora ialah individu yang mencalarkan maruahnya itu memerlukan bantuan dadah untuk kekal aktif ketika berlakon.

Sebelum ini, pada 7 Jun lalu, pemegang trofi Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-31 itu membuat laporan polis mendakwa seorang individu melarikan wang hasil kerjanya berjumlah RM15,000.

Susulan pendedahan tersebut, individu terbabit juga meluahkan rasa terkilan dan menyifatkan Fify tidak sepatutnya menguar-uarkan salah faham antara mereka yang sebenarnya boleh diselesaikan secara baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI