fbpx

Jokowi akan berlepas ke Russia temui Vladimir Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Indonesia, Joko Widodo bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow semasa lawatan Jokowi ke Moscow pada Mei 2016. - Kremlin

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo(Jokowi) dilaporkan akan berlepas ke Moscow untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau, Vladimir Putin, lapor akhbar Bangkok Post, kelmarin.

Jokowi dijangka akan berangkat ke Russia pada 30 Jun ini.

“Ini akan menjadi lawatan yang sangat penting dan kerajaan Russia bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Presiden Jokowi,” demikian menurut agensi berita Russia, Tass.

Laporan itu tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut,  namun kunjungan pemimpin Indonesia tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sidang kemuncak negara-negara Kumpulan 20 (G-20) pada November 2022.

Indonesia akan menjadi tuan rumah bagi sidang G20  kali ini yang bakal diadakan di pulau peranginan Bali pada 15 dan 16 November 2022.

Indonesia telah menjemput Putin dan juga Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy ke sidang kemuncak berkenaan walaupun negara Eropah Timur yang dilanda perang itu bukan anggota i G-20. 

Kedua-dua pemimpin berkenaan telah mengesahkan kehadiran mereka.

Pejabat Presiden Indonesia menolak untuk memberi sebarang komen dan memaklumkan tiada sebarang maklumat mengenai perkara itu buat masa ini.

Beberapa ahli G-20 telah cuba menghalang penyertaan Russia dalam kumpulan itu berikutan pencerobohan tentera Kremlin ke atas Ukraine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI