fbpx

Jang Na-ra kahwin minggu depan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANG NA-RA

PEMINAT tegar K-pop pasti sedia maklum dengan perancangan aktres Jang Na-ra yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Perkara tersebut didedahkan Na-ra beberapa minggu lalu walaupun masih merahsiakan identiti bakal suami serta butiran lanjut mengenai majlis perkahwinannya.

Kata Na-ra, dia mahu menghormati privasi teman lelakinya itu yang juga merupakan orang dalam industri seni tetapi bukan seorang selebriti.

Terbaharu, khabar angin mengatakan Na-ra bakal berkahwin dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Jun nanti bertempat di Seoul sekitar pukul 6 petang.

“Sukar untuk mengesahkan kerana seperti dikatakan, itu adalah hal peribadinya. Tunggu saja dia yang umumkan tarikh kelak,” komen agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI