fbpx

Dunia berdepan ‘krisis mi’ kerana perang Russia-Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kanak-kanak perempuan duduk di atas lutut bapanya sambil menikmati hidangan mi di Beijing pada 4 April 2021. - AFP

MOSCOW – Beratus-ratus juta pemakan mi di seluruh dunia berdepan kenaikan harga makanan itu berikutan kos gandum, tenaga dan pengangkutan yang meningkat, lapor laman berita Wion News semalam.

Kombinasi faktor termasuk perang Russia-Ukraine, di samping kemarau dan banjir pada tahun lalu mencetuskan tekanan harga yang menyaksikan kos gandum di China meningkat sebanyak 30 peratus. 

Menurut akhbar The Guardian, China yang merupakan pengeluar terbesar mi dunia, menyaksikan inflasi makanan meningkat paling cepat dalam tempoh dua tahun. 

Harga gandum dilaporkan melambung tinggi disebabkan pandemik Covid-19 dan gangguan rangkaian bekalan di seluruh dunia.

Konflik Russia-Ukraine pula menyebabkan harga gandum meningkat hampir dua kali ganda daripada sekitar AS$260 (RM1,144) satu tan pada November 2021 kepada AS$475 (RM2,090) setan pertengahan Mei lalu.

Menurut Andrew Whitelaw yang merupakan penganalisis agrikultur firma perunding Thomas Elders Markets di Australia, perang di Ukraine menyebabkan gandum berkurang 30 peratus di pasaran dunia. 

Agensi perundingan berpangkalan di China, Mysteel pula melaporkan bahawa sejak tahun ini, harga tepung ditapis meningkat 10 peratus di China dan dijangka terus meningkat. 

Perkembangan itu turut menyebabkan kos tepung bagi membuat mi itu terus meningkat di Korea Selatan dan Jepun.

Korea Selatan yang merupakan pengguna perkapita terbesar mi segera menyaksikan peningkatan harga import gandum kepada AS$400 (RM1,760) setan, kenaikan tertinggi dalam tempoh 13 tahun.

Di Jepun, kekurangan gandum yang digunakan untuk menghasilkan mi soba turut menimbulkan kembimbangan.

Menurut Guardian, Indonesia juga menyatakan kebimbangan mengenai potensi kekurangan bekalan mi. Menteri ekonomi negara itu turut membangkitkan isu berkenaan pada persidangan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI