fbpx

Demam ‘Oppa Kim Pan-gon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pan gon berjaya membawa skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023

SANA-sini peminat bola sepak tempatan mula bercakap mengenai ‘Oppa Pan-gon’. Mereka mengemukakan hujah dan fakta masing-masing mengenai gaya permainan skuad Harimau Malaya.

Sesuatu yang mengejutkan, seolah-olah menjadi fenomena apabila rata-rata orang mula memperkatakan yang elok tentang skuad bola sepak negara sejak Kim Pan-gon dilantik sebagai ketua jurulatih.

Penulis juga kagum apatah lagi penyokong setia Harimau Malaya yang sudah pastinya melihat ada sinar ke atas sukan No.1 di Malaysia ini.

Diimbas kembali hujung tahun lalu, skuad bola sepak kebangsaan mengalami satu fasa agak getir. Huru-hara dengan pelbagai masalah selain tak cukup persiapan ketika mengharungi Piala AFF 2021 di Singapura.

Lebih parah, turun dengan sasaran mara ke final, Malaysia sebaliknya menamatkan kempen dengan menduduki tangga ketiga Kumpulan B di belakang Indonesia dan Vietnam.

Kegagalan Malaysia mara ke separuh akhir terhenti oleh musuh tradisi Indonesia yang membenam skuad negara 4-1. Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe ketika itu terpaksa menahan kritikan penyokong bola sepak.

Tidak lama kemudian, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Cheng Hoe melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih.

Agak mengejutkan apabila FAM mengambil jurulatih dari Korea Selatan. Mungkin ia diilhamkan daripada kejayaan skuad bola sepak Vietnam dan Indonesia yang melatik jurulatih dari Taegeuk Warriors.

Ternyata, tidak sampai setahun percaturan Pan-gon memberikan hadiah manis buat peminat bola sepak apabila membimbing Malaysia layak ke Piala Asia 2023. Sesuatu yang amat didambakan.

Ibarat mimpi indah buat Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun.

Sebelum ini, Malaysia lolos ke Piala Asia hanya sekali iaitu pada 2007, namun ketika itu dalam kapasiti sebagai tuan rumah. Kejayaan Malaysia layak ke Piala Asia 2023 selepas membelasah Bangladesh 4-1 menerusi jaringan Safawi Rasid pada minit ke-16, Dion Cools (m-38), Syafiq Ahmad (m- 47) dan Darren Lok (m-73). Gol saguhati Bangladesh pula dijaringkan pada minit ke-31 menerusi Mohammad Ibrahim.

Kemenangan ke atas Bangladesh memberikan Malaysia enam mata daripada dua perlawanan dan menjadi salah satu naib juara terbaik pada pusingan kelayakan Piala Asia 2023.

Menariknya, ketika menentang Bangladesh, Pan-gon mengambil langkah berani menyingkirkan penjaga gol utama, Farizal Marlias dan menggantikannya dengan Syihan Hazmi, 26, yang tidak pernah beraksi dengan skuad Harimau Malaya pada aksi genting.

Sedangkan, Farizal sebagai penjaga gol utama juga kapten pasukan, namun mungkin kesilapan dilakukan oleh Farizal ketika tewas kepada Bahrain 2-1 menjadi sebab utama digugurkan.

Kim Pan-gon dianggap sebagai jurulatih yang bijak untuk membangun kepercayaan diri dalam kalangan pemain. Bagi Pan-gon, kepercayaan diri pemain sangat penting dan menjadi perkara utama untuk pasukan meraih kemenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI