fbpx

2,000 ekor lembu mati kepanasan di Kansas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI negeri Kansas telah mengumpulkan beribu-ribu bangkai lembu yang mati akibat haba dan kelembapan yang teruk. - Tribune News Service/ Getty

TOPEKA, KANSAS – Pihak berkuasa Kansas memaklumkan bahawa haba dan kelembapan melampau menyebabkan sekurang-kurangnya 2,000 ekor lembu di negeri berkenaan mati, lapor laman berita Wion News semalam.

Industri penternakan lembu di Amerika Syarikat dilaporkan telah terjejas dengan penternak-penternak memilih untuk mengurangkan haiwan ternakan mereka. Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan kekurangan bijirin dan meningkatkan kos makanan haiwan. 

Kansas ialah negeri penternak lembu ketiga terbesar di AS selepas Texas dan Nebraska. Kansas memiliki lebih 2.4 juta ekor lembu di ladang-landang ternak.

Bagaimanapun, suhu dan kelembapan di barat Kansas meningkat sejak hujung minggu lalu, manakala angin sejuk dilaporkan beredar.

Jurucakap Persatuan Ternakan Kansas, Scarlett Hagins berkata, haiwan ternakan itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca yang mendadak.

“Ia pada dasarnya adalah impak yang sempurna,” kata seorang doktor haiwan daripada Universiti Negeri  Kansas, AJ Tarpoff.

Suhu meningkat mencecah 42 darjah Celsius di barat laut Kansas menjelang Isnin lalu, kata Presiden perkhidmatan kaji cuaca World Weather Inc., Drew Lerner.

Pada hujung minggu ini, suhu di bahagian barat Kansas dan Texas Panhandle iaitu kawasan merangkumi 26 daerah di utara negeri berkenaan diramal menghampiri 43.3 darjah Celsius walaupun angin kuat dan tahap kelembapan yang lebih rendah akan membantu meminimumkan kematian lembu ternak, katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI