fbpx

Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patti (kanan) hilang kewarasan apabila menikam Elena (kiri) sehingga mati kerana cemburu kanak-kanak itu semakin rapat dengan kekasih bekas suami. - Twitter

ROM, Itali – Seorang ibu muda bertindak di luar kewarasan apabila tergamak membunuh anak perempuannya yang  berusia empat tahun kerana mangsa semakin rapat dengan teman wanita bekas pasangannya, lapor akhbar Newsweek semalam.

Martina Patti, 24, pada mulanya memberitahu polis yang anaknya, Elena Del Pozzo telah diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng.

Polis bagaimanapun meragui keterangan tersebut dan melakukan siasatan lanjut sehingga berjaya membuatkan Martina mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri sehingga mati dan menanam mayat mangsa di sebuah padang.

Menurut laporan awal, pegawai penyiasat percaya motif pembunuhan adalah cemburu kerana mangsa semakin rapat dengan teman wanita bapanya.

Bekas ibu mentua Martina, Rosaria Testa berkata, wanita itu  memberitahu bahawa dalang penculikan itu adalah bapa Elena sendiri, Alessandro Nicodemo Del Pozzo, 24.

Namun polis meragui penjelasan tersebut, malah sistem televisyen litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan kehadiran Del Pozzo.

Keesokan paginya, semasa polis menggeledah rumah Martina  di bandar Catania, Sicilydia, dia  akhirnya mengaku menikam anak perempuannya hingga mati menggunakan  pisau dapur.

Martina membawa anggota-anggota polis ke padang berdekatan di mana dia telah membungkus mayat budak perempuan  itu di dalam beg plastik sampah dan menanam mangsa di dalam kubur cetek yang digali sendiri.

Polis menemui beberapa kesan luka akibat tikaman di leher, belakang dan belakang telinga mangsa. 

Mereka menghantar mayat kanak-kanak malang itu untuk proses bedah siasat.

“Saya bukan diri saya sendiri ketika kejadian berlaku,” demikian kenyataan Patti kepada pegawai penyiasat.

Wanita itu kini ditahan atas kesalahan membunuh dan percubaan menyembunyikan mayat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI