fbpx

SPM 2021: 86.03 peratus calon SPM di Pulau Pinang layak dapat sijil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelajar SMK Bukit Jambul menunjukkan keputusan cemerlang yang diperoleh dalam SPM bagi tahun 2021 di sini hari ini. FOTO: IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Sebanyak 86.03 peratus iaitu 15,520 daripada 20,048 calon yang hadir menduduki peperiksaan SPM 2021 di Pulau Pinang layak mendapat sijil peperiksaan itu.

Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan berkata, Gred Purata Negeri (GPN) bagi peperiksaan SPM Tahun 2021 di negeri ini adalah 4.77.

”Bagi prestasi mata pelajaran pula, seramai 5, 106 calon (29.15 peratus) yang menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu mencatatkan keputusan cemerlang, manakala 16,573 (94.63 peratus) lulus subjek ini.

”Untuk mata pelajaran Sejarah, seramai 4,633 (25.88 peratus)mencatatkan keputusan cemerlang manakala 15,735 calon (87.89 peratus) calon lulus subjek berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat 22 buah sekolah di Pulau Pinang yang mencapai prestasi 100 peratus iaitu semua calon layak mendapat sijil.

“Antara sekolah tersebut adalah SMK Bukit Jambul; SMKA (P) Al-Mashoor; SMKA (L) Al-Mashoor; Penang Free School; SMKA Al-Irshad; SMK Jit Sin; SMK Tinggi Bukit Mertajam dan lain-lain,” katanya.

Tambahnya, seramai 17 calon di Pulau Pinang memperoleh keputusan cemerlang antaranya membabitkan pencapaian 11A+, 10A+ dan 9A+.

“Selain itu, terdapat 12 buah sekolah calon cemerlang yang mencatatkan semua A+ dengan gred purata (GP) 0.00.

“SMK Bukit Jambul pula berjaya memperoleh GPS terbaik iaitu 1.83 terbaik bagi peringkat Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, dalam SPM 2021 itu juga seramai lima calon berkeperluan khas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan pencapaian antara 4A+ hingga 1A+. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI