fbpx

SPM 2021: 25,000 calon tidak duduki peperiksaan, terkesan pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (tengah) bergambar bersama pelajar selepas menerima keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 di SMK Presint 18(1) hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan akan melakukan post mortem berhubung seramai 24,941 calon yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya perlu mengenal pasti berikutan calon SPM kali ini adalah kohort pertama melibatkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan berdepan dengan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, mereka adalah calon yang terkesan pandemik Covid-19 apabila berada Tingkatan 4 dan 5 yang mana ia suatu yang mencabar dan getir.

“Kita akan menganalisa data secara keseluruhan melibatkan punca, trend yang berlaku dan negeri mana yang paling ramai.

“Buat masa ini, KPM mendapati sebahagian besar adalah calon persendirian dan didapati ada yang memilih untuk tidak terus belajar kerana faktor peribadi, hal keluarga dan menceburkan diri dalam ekonomi gig,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 18(1) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sejumlah 24,941 calon SPM 2021 tidak menduduki peperiksaan itu berbanding 407,097 calon berdaftar di 3,382 pusat peperiksaan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid berkata, peperiksaan SPM 2021 dilaksanakan dalam dua sesi berikutan pandemik Covid-19 dan merupakan kumpulan pelajar pertama yang mengikuti KSSM di Tingkatan 1 pada tahun 2017.

Radzi berkata, bagi calon sekolah, pihak guru melakukan pelbagai usaha bagi memastikan pelajar hadir ke sekolah kerana KSSM berbeza dari yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI