fbpx

Ramai mengeluh stesen LRT sesak teruk lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di LRT Pasar Seni yang sesak hari ini.

PETALING JAYA – Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni sekali lagi mengalami kesesakan luar biasa pada pagi ini.

Kesesakan itu berlaku pada waktu puncak kira-kira bermula pukul 8 pagi tadi dan difahamkan perkara sama turut berlaku sejak tiga hari lalu.

Kesesakan itu turut tular di media sosial selepas orang ramai berkongsi keadaan di stesen tersebut apabila ramai penumpang terpaksa beratur terlalu lama untuk menaiki LRT.

Menurut seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Nauwar berkata, pada pagi ini juga terdapat tiga eskelator yang tidak berfungsi selain kelihatan beberapa petugas LRT mengawal keadaan sesak di stesen berkenaan.

“Selalunya sampai Pasar Seni terus beratur depan dan paling lama tunggu lima minit. Sekarang tunggu paling sekejap 15 minit, sangat membazir masa,” kata seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jiqa.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Iskandar berkata, keadaan turut menjadi sesak kerana laluan tangga ditutup pada hari ini dan semua penumpang dikehendaki menaiki eskelator. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI