fbpx

Rakyat Pakistan diminta kurangkan minum teh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penjual membawa dulang berisi air teh di sebuah pasar di Islamabad pada 26 November 2020. - AFP

ISLAMABAD – Kerajaan Pakistan menyeru rakyatnya untuk mengurangkan tabiat minum teh bagi mengekalkan kestabilan ekonomi negara, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam. 

Menteri kanan, Ahsan Iqbal memaklumkan bahawa tindakan mengurangkan minum teh akan menurunkan bil import Pakistan yang tinggi.

Pakistan adalah pengimport teh terbesar dunia dengan pembelian lebih AS$600 juta (RM2.65 bilion) tahun lalu.

“Saya merayu kepada rakyat untuk mengurangkan minum teh sebanyak satu hingga dua cawan sehari kerana kita mengimportnya secara pinjaman,” kata Iqbal seperti dilaporkan oleh media Pakistan.

Permintaan untuk mengurangkan minuman teh tersebut menjadi tular di media sosial dengan ramai rakyat berpendapat bahawa masalah kewangan negara boleh diatasi dengan mengurangkan minuman berkafein.

Pada 2020, Pakistan mengimport teh dari negara-negara termasuk Kenya, Vietnam, Rwanda dan Uganda.

Sementara itu, peniaga di negara tersebut turut diminta untuk menutup premis mereka pada pukul 8.30 malam untuk menjimatkan tenaga elektrik.

Pada bulan lalu, pegawai-pegawai di Karachi mengehadkan import berpuluh-puluh barangan mewah yang tidak penting sebagai sebahagian daripada usaha melindungi dana negara.

Pengakuan itu dibuat ketika rizab mata wang asing Pakistan terus menjunam dengan pantas sehingga memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengurangkan kos import yang tinggi dan menyimpan dana negara.

Rizab pertukaran wang asing Pakistan turun daripada sekitar AS$16 bilion (RM70.76 bilion) pada Februari lalu kepada kurang AS$10 bilion (RM44 bilion) pada minggu pertama Jun.

Jumlah itu hampir tidak mencukupi untuk menampung kos dua bulan bagi semua kadar import negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI