fbpx

Pesanan ‘menikam’ Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN TRISHA

SEJAK kebelakangan ini, nama Daiyan Trisha bukan sahaja popular dengan drama-drama lakonan bahkan juga menerusi pelbagai cerita kurang enak berkaitan penampilannya yang dikatakan semakin mencolok mata.

Namun, seteruk mana pun kecaman netizen terhadapnya, dia kekal utuh dan terus mekar mewangikan perjalanan kariernya.

Baru-baru ini, Daiyan mencuri perhatian Mizz Lahar menerusi satu ciapan dalam Twitter mengenai mentaliti masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum berdasarkan penampilan seseorang.

“Peraturan: Jangan sesekali meninggalkan komen terhadap penampilan seseorang yang boleh berubah dalam tempoh 10 saat. Itu kurang ajar,” ciapnya.

Agak pedas tetapi itulah realiti yang dilalui oleh ramai orang, termasuk golongan selebriti ketika ini.
Mungkin juga itu seperti luahan hati Daiyan tempias kecaman netizen yang semakin mudah menuding ke mukanya. Semoga dijadikan pengajaran untuk semua ya.

MIZZ LAHAR: Geleng kepala tengok aksi tepuk punggung yang tular dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI