fbpx

Pernikahan semula diperlekeh, Ras Adiba bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAS Adiba berkahwin semula dengan bekas suaminya, Azam.

PETALING JAYA – Bekas personaliti televisyen yang juga Senator Dewan Negara, Datuk Ras Adiba Radzi mengakui ada pihak mempersendakan pernikahannya dengan bekas suami, Mohamed Azam Ali.

Katanya, terdapat individu seolah-olah mempertikaikan ketentuan Allah apabila cuba mempersoalkan keputusan mereka untuk kembali bersatu.

“Ketika saya serta suami berbalik semula, ada yang mempersendakan saya sebagai seorang janda dan dia sebagai duda. 

“Ada yang mempersoalkan hasrat kami untuk bersatu dan memperlekehkan bernikah kembali.

“Kepada mereka ini, ingin saya berkata, kita adalah manusia dan kita tiada hak untuk menilai orang lain. Tiada yang sempurna. 

“Tika kalian mempersoal dan persendakan kami, seperti kalian memperlekehkan aturan Ilahi.

“Jodoh dan ajal di tangan-Nya. Siapalah kita untuk mempersoalkan qada dan qadar, semuanya sudah tertulis,” kata personaliti berusia 53 tahun itu menerusi perkongsian Instagram.

Pada 2 Jun lalu, tular gambar pernikahan semula Ras dengan Azam, 60, yang juga ahli perniagaan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sebelum ini, pasangan berkenaan itu pernah mendirikan rumah tangga pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, figura yang berpengalaman lebih 34 tahun dalam bidang kewartawanan dan penyiaran itu tidak mendedahkan punca perceraian dan tarikh perpisahan mereka.

Ras dalam temu bual sebelum ini menyatakan perkara tersebut terlalu peribadi dan tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Menerusi perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata, manakala Azam pula mempunyai enam anak.

Ras dan Mohamed Azam berkenalan sejak 1986 sewaktu masih bertugas di TV3 dan mula mengenali hati budi masing-masing selepas berjumpa semula pada majljs ‘reunion’ bekas kakitangan stesen televisyen berkenaan pada hujung 2018.

Sementara itu, Ras turut meluahkan harapan supaya semua insan menghargai kehidupan dengan penuh kesyukuran tanpa mengganggu orang lain.

“Hidup kita terlalu singkat. Usah pusing dengan kehidupan orang lain. Bersyukurlah dengan segala yang ada, sebelum ditarik semula,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI