fbpx

Ketiadaan Lee Kwang-soo masih dirasai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE KWANG-SOO

DIAM tidak diam, sudah setahun rupa-rupanya selebriti popular Lee Kwang-soo menarik diri daripada Running Man disebabkan kecederaan kaki yang dialami.

Tidak dinafikan penonton setia program terkenal tersebut teramat rindukan lelaki tinggi lampai itu.

Terbukti, keserasian yang ditampilkan Kwang-soo bersama setiap ahli lain dalam Running Man tidak sama dan tidak akan ada galang ganti.

Meninjau ruangan Twitter, peminat dilihat masih meratapi kehilangan Kwang-soo apabila masing-masing mengimbau semula tarikh pengundurannya yang sudah genap setahun.

“Rasa macam dia ada dalam Running Man. Diam tak diam dah setahun rupanya dia mengundurkan diri. Kami tetap merindukan anda,” tulis peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI