fbpx

Isu tanah terbiar antara topik bakal dibincangkan dengan semua negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Bio-based Accelerator (BBA) di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan isu tanah terbiar antara topik bakal dibincang dengan semua pemimpin negeri pada mesyuarat akhir bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, masalah tersebut jika dapat diatasi akan mampu menangani isu kekurangan bekalan makanan terutama produk pertanian komersial.

“Bukan setakat dapat dibuka ladang jagung bijian yang akhirnya menyelesaikan isu dedak makanan ayam, malah kekurangan stok sayur-sayuran juga dapat diatasi,” katanya optimis.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Pecutan Berasaskan Biologi (BBA) yang diwujudkan Bioeconomy Development Corporation Malaysia Sdn. Bhd, di sini hari ini.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sini, menyentuh isu tanah terbiar di seluruh negara.

Beliau meminta semua agensi berkaitan mengoptimumkan penggunaan tanah itu bagi sektor pertanian sekali gus negara dapat mengurangkan kebergantungan import produk makanan.

Mengulas lanjut, Ronald membayangkan isu berkenaan akan diperhalusi sekali lagi ketika mesyuarat susulan bersama semua menteri besar dan ketua menteri pada hujung bulan ini.

“Kita akan bangun balik tanah ini sama ada milik negeri atau pusat kerana usaha ini bakal jadi pelan jangka panjang demi memastikan kelangsungan bekalan makanan domestik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI