fbpx

Hidup aku dah jahanam, semua sebab kau! – Fizi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tidak memperincikan mengapa dirinya kian hilang sabar, Fizi bagaimanapun memaklumkan, hidupnya jahanam disebabkan bekas isteri.

PETALING JAYA – Hilang sabar, pengacara dan penyampai radio Fizi Ali meluahkan rasa marah terhadap bekas isteri, Shakilla Khoriri.

Sungguhpun tidak menyebut nama Shakilla dalam dalam entri yang dimuat naik dalam Instastory, Fizi atau nama sebenarnya, Mohd. Hafizudin Alimudin mengakui kesabarannya akhirnya semakin menipis.

“Sabar itu ada tahapnya. Jangan bagi sampai tahap kesabaran itu hilang. Aku hormat sebelum ini sebab kau ibu kepada anak aku.

“Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau. Dah makin lama, makin melampau. Sabar ada tahapnya,” tulis Fizi, 33.

Tidak memperincikan mengapa dirinya kian hilang sabar,  penyampai radio Suria FM itu bagaimanapun memaklumkan, kehidupannya sudah hancur disebabkan bekas isterinya.

Luahan rasa marah penyampai radio, Fizi Ali yang dimuat naik menerusi Instastory.

“Aku rasa makin lama makin nipis (sabar) ini. Hidup aku dah jahanam sekarang, aku hilang semua benda, semua sebab kau!

“Kau tak sedar lagi ke? Sekarang kau saja nak nak cari pasal lagi dengan aku,” luahnya lagi.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun bercerai tiga tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI