fbpx

Duit banyak habis sewa ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rofidah dan anaknya, Muhammad Syazwan ketika ditemui di rumah mereka di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Kemalangan jalan raya pada 26 Januari lalu mengu­bah kehidupan seorang remaja lelaki apabila dia kini terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat dan mengalami pelbagai komplikasi lain.

Nahas yang berlaku di Felda Kota Gelanggi Dua di sini itu, menyebabkan pergerakan Muhammad Syazwan Hairi, 15, menjadi terhad dan dia perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.

Ibunya, Rofidah Khamis, 45, berkata, ekoran kemalangan itu, anaknya mengalami kecederaan di kepala, patah pergelangan paha, kaki kiri dan tangan kirinya masih tidak mampu diangkat akibat dilanggar kereta.

“Disebabkan nahas tersebut, sebahagian tempurung kepala Muhammad Syazwan terpaksa dibuang. Dia hanya mampu bertatih menggunakan tongkat ke bilik air dan pergerakannya juga terhad di dalam rumah.

“Saya masih menunggu panggilan daripada hospital bagi menggantikan tempurung kepala, cuma tidak tahu tarikhnya memandangkan kecederaan paha dan kaki juga belum sembuh,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di Felda Kota Gelanggi Dua baru-baru ini.

Cerita Rofidah, anak bongsu­nya itu terbabit dalam nahas selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta.

Kecederaan teruk akibat retak di kepala memberi kesan kepada saraf menyebabkan Muhammad Syazan sering meracau dan menjerit.

Ibu kepada tiga anak berusia 23, 18 dan 15 tahun itu membe­ritahu, dia dan suaminya, Muhamad Hairi Mohamed, 47, kini berulang-alik ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh membawa anaknya menjalani pemeriksaan dan rawatan doktor pakar.

“Kami terpaksa menyewa ambulans swasta untuk tujuan itu sehingga tiga kali sebulan dengan kadar sewa RM350 bagi satu perjalanan.

“Dalam tempoh itu, anak saya diberi minum susu khas yang memerlukan belanja RM500 sebulan, manakala peralatan keperluan kebersihan diri pula seba­nyak RM600 sebulan.

“Mana mampu kami untuk membiayai perbelanjaan ini ke­rana saya hanya pekerja swasta dan gaji agak kecil cukup untuk keperluan dapur. Suami pula seorang mekanik dan pendapatannya tidak menentu,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 162272838444 atau menghubungi talian 013-9923994.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI