BEBERAPA tahun kebelakangan ini, semakin ramai pula golongan selebriti yang mengamalkan prinsip menutup wajah anak tercinta dalam media sosial.
Rata-ratanya dengan alasan untuk mengelak penyakit ain yang berkaitan dengan perasaan hasad dengki orang.
Namun, bagi Anzalna Nasir yang mendedahkan wajah bayi kedua selepas seminggu melahirkan, perkara tersebut merupakan hak ibu bapa masing-masing.
“Masing-masing ada pendapat sendiri. Saya gembira berkongsi (wajah anak) dengan orang ramai.
“Alhamdulillah ramai yang mendoakan perkara baik-baik untuk kami sekeluarga,” jawabnya kepada seorang pengikut Instagram baru-baru ini.
Bagi Mizz Lahar, jika belum bersedia ataupun was-was, lebih baik jangan tunjuk kepada umum. Bak kata orang, lebih baik menghindar daripada mengubati ya.
MIZZ LAHAR: Ramai puji kecantikan Mira Filzah selepas bergelar ibu. Semakin berseri-seri.