fbpx

2 lelaki ditahan, pecah amanah RM65,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang presiden dan ahli sebuah persatuan diberkas polis kelmarin selepas bersubahat dengan kes pecah amanah berjumlah RM65,000.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 64 hingga 73 tahun itu masing-masing diberkas di Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan presiden persatuan, setiausaha dan bendahari persatuan telah menggunakan pembayaran baucar yang palsu.

“Hasil semakan terhadap penyata bank dan bayaran baucar mendapati terdapat wang persatuan telah dipindahkan ke akaun peribadi presiden persatuan.

“Bayaran baucar telah dikeluarkan sebanyak empat kali dengan jumlah keseluruhan RM65,000 dan terdapat empat cek bank digunakan bagi pengeluaran ini dibuat tanpa kelulusan ahli mesyuarat agung jawatankuasa persatuan.,” katanya.

Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. -KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI