fbpx

Tujuh pegawai ditahan hasil perkongsian maklumat Jabatan Imigresen dan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan seramai tujuh pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin adalah hasil perkongsian maklumat antara JIM dan SPRM.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua pegawai itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengeluaran pas dan dokumen imigresen secara tidak teratur serta dituduh melindungi warga asing.

Beliau berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan dan ia akan dilaksanakan secara professional.

“Kami tidak akan berkompromi dengan pegawai atau kakitangan yang didapati menyalahgunakan kuasa bagi tujuan kepentingan peribadi serta memperolehi wang secara mudah.

“Kesemua yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk dipenjara dan ditamatkan perkhidmatan jika didapati bersalah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan tujuh anggota penguat kuasa JIM antara sembilan individu ditahan di Sarawak dan Selangor bagi membantu kes rasuah bernilai RM500,000.

Kesemua suspek ditahan reman antara lima hingga tujuh hari bagi membantu siasatan kes yang dilaporkan berlaku antara tahun 2019 hingga 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI