fbpx

Sooka NSL 2022: Prestasi pasukan bertanding semakin meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGULAS Sooka NSL 2022, Aminah Asaari.

Dari luar gelanggang!

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada seluruh peminat sukan bola jaring ­tanah air dan juga pembaca ­Kosmo!

Berkongsi cerita dan berita menarik minggu kedua Sooka Netball Super League (NSL) 2022 yang semakin hangat serta untuk dibincangkan. Minggu kedua ini menampilkan lapan lagi perlawanan yang menampilkan pelbagai aksi, gaya dan kehebatan pemain.

Pastinya keputusan perlawanan boleh dijangka dan diramalkan berdasarkan pertemuan antara dua pasukan terlibat.Prestasi pemain setiap pasukan semakin baik minggu ini.

Pengalaman minggu pertama memberi pengajaran kepada semua untuk beraksi lebih baik pada minggu kedua. Tidak dinafikan, ada dalam kalangan pemain masih lagi mencari rentak dan keserasian sesama mereka.

Namun, semangat juang dan kesukanan membolehkan mereka harungi perlawanan bagi minggu ini dengan jayanya. Kesungguhan dan penampilan penuh bergaya setiap pasukan telah merancakkan lagi Sooka NSL 2022.

Melihat kepada keputusan perlawanan minggu kedua, KL Wildcats dan Johor ­Jewels masih dengan rekod tanpa kalah. Bagi Selangor Angels dan Pahang Tulips, mereka makin hampir untuk berada di kelompok empat teratas.

Perak Phoenix dan Negeri Sembilan ­Venom pula perlu berusaha lebih keras untuk terus kekal dalam NSL musim 2023. Musim pertama menyaksikan Perak Phoenix di tangga keempat keseluruhan NSL 2021, tetapi musim ini prestasi ditunjukkan agak menurun. Berbanding Negeri Sembilan Venom, mereka berjaya menunjukkan prestasi lebih baik.

Bagaimana pula nasib dua pasukan di tangga terbawah liga iaitu Kedah Sunshine dan Melaka Mystic. Kedah Sunshine masih berharap untuk mengekalkan tempat di dalam musim yang akan datang.

Bergelut dengan kekurangan pemain disebabkan kecederaan dan pengajian, namun Kedah Sunshine terus memberi tentangan kepada pasukan lawan.

Harus diberi pujian kepada mereka kerana dengan hanya lapan orang pemain diturunkan ketika menentang KL Wildcats, Kedah Sunshine dapat beraksi dengan baik dan berjaya memberi tentangan hebat kepada KL Wildcats.

Melaka Mystic pula, sememangnya nasib tidak menyebelahi mereka. Gagal untuk mencari sebarang kemenangan hingga tamatnya minggu kedua. Cerita duka dan kedudukan yang sama seperti pada musim NSL 2021.

Apakah kedudukan ini akan terus kekal atau berubah. Berbaki satu atau dua perlawanan lagi bagi setiap pasukan sebenarnya sangat dinantikan untuk minggu ketiga.

Saksikan sambungan perjuangan dan perlawanan yang sudah tentunya semakin hangat untuk kita sama-sama saksikan pada minggu ketiga nanti.

Semoga semua pasukan akan terus mengekalkan momentum permainan dan perbaiki setiap kesalahan dilakukan sepanjang minggu pertama dan minggu kedua.

Setiap kesalahan adalah pengajaran, dan akan membawa kepada kebaikan. Berlabuhnya tirai minggu kedua Sooka NSL 2022 yang penuh dengan kehangatan demi memburu tiket keseparuh akhir. Te­ruskan perjuangan!

Jumpa lagi untuk minggu ketiga Sooka NSL 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI