PETALING JAYA – Tindakan seorang usahawan terkenal memuat naik video menampar punggung bersama beberapa lagi selebriti mengundang kecaman pengguna media sosial sejak semalam.
Dalam satu hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram, wanita itu menjelaskan ia bagi tujuan promosi untuk sebuah program.
Perbuatan tidak senonoh itu turut menarik perhatian pendakwah, Pencetus Umah (PU) Amin yang bertindak menegur tingkah-laku empat wanita tersebut menerusi video yang dimuat naik dalam InstaStorynya.
“Malu jika tindakan mereka ini akan menjadi ikutan anak-anak muda, bukan begini sepatutnya cara menggunakan nikmat kaya yang Allah bagi.
“Bimbang nanti orang akan memandang serong kepada agama dan bangsa kita,” tegur PU Amin
Meninjau di ruangan komen usahawan tersebut, rata-rata pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan dan menegur tindakan beliau.
“Semoga diberi kesempatan untuk bertaubat dan berubah menjadi lebih baik,” kata @sirahtahir. – KOSMO! ONLINE.