PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 11 sen berkuat kuasa esok sehingga 22 Jun depan menjadikannya dijual RM4.83 seliter berbanding R4.72 seliter ketika ini.
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit bagi petrol RON95 serta diesel pula masih kekal masing-masing iaitu RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Menurutnya, pengekalan harga dua bahan api itu adalah bertujuan melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE