fbpx

Penoreh getah jaga isteri kudung, ibu sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rafiee (tengah) melihat kaki isterinya, Mohayati yang dipotong akibat kencing manis ketika ditemui di rumahnya di Kampung Limau Kasturi 1, Gua Musang baru-baru ini.

GUA MUSANG – Kesempitan hidup tidak menghalang seorang penoreh getah menjalankan tanggungjawab menjaga isteri kudung dan ibu yang sakit saraf di rumahnya di Kampung Limau Kasturi 1 di sini sejak lima tahun lalu.

Mohd. Rafiee Jenal, 59, menguruskan keperluan isteri, Mohayati Che Pa, 43, selepas kaki kirinya dipotong akibat menghidap kencing manis sejak 2017, manakala ibunya, Siti Minah Awang, 81, pula tidak dapat berjalan.

Menurut lelaki itu, dia menguruskan keperluan dua ahli keluarganya itu setiap hari termasuk makan dan minum selain mengusung mereka ke bilik air.

Selain menjaga keperluan isteri dan ibu, Mohd. Rafee turut mencari rezeki menoreh getah bagi menyara tiga daripada lima orang anaknya yang masih bersekolah.

“Saya memperoleh upah RM400 sebulan hasil menoreh getah. Selain itu, kami juga bergantung dengan wang bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima isteri dan zakat ibu, masing-masing RM400 seorang.

“Wang itu tidak mencukupi, jadi kami perlu mencatu makanan termasuk makan nasi lauk telur,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya baru-baru ini.

Sementara itu, Mohayati memberitahu, dia menderita selepas kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis kronik yang dihidapi sejak lapan tahun lalu.

“Selepas kehilangan sebelah kaki, pergerakan saya terbatas dan memerlukan bantuan suami dan anak untuk bergerak. Saya terpaksa menyusahkan suami dan anak-anak terutamanya untuk ke bilik air,” katanya.

Cerita Mohayati, kaki kirinya bengkak dan berkudis sehingga terpaksa dipotong pada paras betis sebelum pembedahan dilakukan di Hospital Tanah Merah.

“Saya perlu melakukan rawatan susulan dan terpaksa membayar kos kereta sewa untuk ke hospital. Sudah lama saya tidak ke hospital kerana masalah kewangan dan suami ambil ubat-ubatan di Klinik Kesihatan Bertam Baru di sini,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun Bank Islam 03063020337241 atau hubungi talian 017-948 9387.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI