fbpx

‘Nasihat yang amat baik, terima kasih’ – Ahmad Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perlawanan Malaysia menentang Bangladesh yang menyaksikan skuad Harimau Malaya menang 4-1. - FOTO IHSAN harimaumalaya7

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menganggap tulisan pada kain rentang yang dikibarkan pada perlawanan Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi sebagai satu nasihat.

Faizal menerusi menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya memuat naik gambar kain rentang tersebut.

“Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua, terima kasih. Semoga Allah memberkati segala kebaikan kita,” tulis beliau.

Tindakan menaikkan kain rentang itu dibuat susulan daripada kenyataan beliau ketika skuad negara tewas kepada Bahrain pada 11 Jun lalu dengan keputusan tipis 2-1.

Kemudian Ahmad Faizal mengeluarkan satu kenyataan dengan mendakwa bunyi bising penyokong di stadium sebagai punca pemain hilang fokus.

Selepas insiden itu, Ahmad Faizal memohon maaf secara terbuka dan menyatakan kata-katanya sebelum ini disalah erti dan akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan selepas ini.

Skuad Harimau Malaya mencipta satu sejarah baharu apabila layak ke Piala Asia 2023 secara merit, sekali gus menamatkan penantian selama 42 tahun sebelum ini selepas kali terakhir layak pada 1980.

Kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh malam tadi sudah cukup untuk melayakkan Malaysia ke kejohanan tertinggi bola sepak Asia yang akan berlangsung pada tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI