KUALA SELANGOR – Tindakan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri daripada polis mengundang padah apabila kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di kunci air berdekatan Jalan Keretapi Lama di sini, hari ini.
Kemalangan kira-kira pukul 5 pagi itu mengakibatkan tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30-an berkenaan mengalami kecederaan di kaki dan bahu.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, lapan anggota termasuk pegawai bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 5.19 pagi.
“Pemeriksaan mendapati sebuah kereta terbabas ke dalam parit itu selepas dikejar polis.
“Kesemua mangsa menunggu di atas bumbung kereta tersebut dan naik ke tebing selepas ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.