fbpx

Lelaki mengaku bersalah miliki cecair dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Rembau atas pertuduhan memiliki cecair vape mengandungi dadah. FOTO - NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Rembau, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki cecair vape mengandungi dadah yang turut dikenali perisa “Mushroom” dalam satu serbuan di Felda Jelai 3, Tampin, March lalu.

Tertuduh, Muhammad Nur Amirul Mohd Sharif, 25, pada mulanya tidak memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya namun sebaik diulang, dia mengaku faham serta mengaku salah di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, pada 16 Mac 2022, kira-kira pukul 2.30 pagi, dalam serbuan di sebuah rumah di Felda Jelai 3 telah didapati dalam milikan tertuduh dadah berbahaya jenis ketamine dengan isipadu bersih 287 milliliter.

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.

Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan terdapat empat lelaki di dalam rumah berkenaan dan hasil pemeriksaan telah ditemui botol mengandungi cecair disyaki dadah.

Barang kes berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia Melaka bagi tujuan analisa dan hasil analisa mendapati barang kes mengandungi 210ml dan 77ml dadah jenis ketamine. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI