fbpx

Lelaki Indonesia cuba lolos ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga Indonesia dipujuk menyerah diri sebelum ditemui mati lemas di sebuah kolam di Bedong pada pagi ini.

SUNGAI PETANI – Tindakan seorang lelaki Indonesia terjun ke dalam kolam dekat rumah kongsi di Bedong dekat sini untuk melarikan diri daripada ditahan imigresen berakhir dengan dia ditemui mati lemas hari ini.

Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui pada pukul 10 pagi tadi oleh pasukan bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 2.40 pagi tadi.

“Kita dimaklumkan berkaitan serbuan Op Sapu oleh Jabatan Imigresen (JIM) yang mana berlaku kejadian seorang lelaki Indonesia hilang selepas terjun ke dalam kolam di ladang kelapa sawit di situ.

“Pihak JIM dikatakan memujuk lelaki terbabit untuk naik ke tebing tetapi dia enggan berbuat demikian sebelum dikesan hilang dan ditemui lemas pagi tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI