fbpx

Jangan biasakan mulut jahat, hati baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

Setiap daripada kita sejak kecil pasti diingatkan tentang adab, sama ada adab ketika belajar, bertutur atau berkawan.

Malah, ibu-ibu dari zaman dahulu lagi kerap kali berpesan supaya anak-anak mereka bercakap yang baik-baik dengan tutur kata sopan dan jangan sesekali menyakitkan hati orang.

Perkataan yang digunakan juga jangan sampai menghiris hati orang lain.

Dalam kehidupan perlu diingatkan tidak semua orang boleh terima gurauan kasar dan bercakap kuat seolah-olah mahu ‘berperang’. Kasar, tegas dan garang membawa maksud yang berbeza.

‘Lama tak jumpa, hidup lagi kamu.’ Ayat ini mungkin biasa bagi sesetengah orang, namun pedih bagi mereka yang tidak biasa mendengarnya dan boleh membawa kepada pergaduhan.

Lazimnya, apabila ada kata-kata seumpama itu dilontarkan, pasti terdapat cakap-cakap yang menyatakan jangan ambil hati, dia cakap sahaja kasar tapi hatinya baik.

Paling tidak ada yang akan berkata, memang ini cara aku bercakap, kasar macam tiada hati perut, kamu semua perlu faham dan terima. Justifikasi untuk terus berbuat salah.

Malangnya, mereka tidak mahu berubah, sebaliknya menuntut orang lain memahami diri mereka.

Penulis pasti kita semua pernah dengar istilah mulut saja jahat tapi hati baik selain dimomokkan dengan kata-kata dia tidak bermaksud cakap begitu, jangan ambil hati.

Adakah kita boleh terima jika sahabat, ahli keluarga bercakap kasar, gurau dengan kata-kata menghiris atau bercakap dengan suara terjerit-jerit.

Jika sang anak berkata begitu, pasti akan terima ‘habuan’ daripada si ibu.

Jangan normalisasikan istilah ini kelak buruk padahnya. Tiada istilah mulut jahat hati baik atau aku memang cakap kasar begini.

Kata para cendiakawan dan agamawan, apa yang terbit di mulut itulah gambaran hati dan pemikiran kita.

Kita tidak mahu generasi masa depan membiasakan sesuatu yang bukan budaya baik orang Malaysia. Terus membawa perangai bercakap kasar, namun tiada niat, tiada istilah begini.

Henti normalisasikan cara ini. Tidak kira siapa kita, pangkat dan keturunan, asal dan negeri kelahiran. Budi bahasa budaya kita.

Ambil pengajaran kisah tular restoran dan keterlanjuran kata-kata seorang pempengaruh media sosial sehingga menyentuh bentuk badan seorang wanita yang akhirnya dituntut membayar ganti rugi RM100,000.

Jangan lupa kisah pelawak Chris Rock yang dilempang pelakon Will Smith apabila dirinya memperlekehkan kerana kepala botak Isteri pelakon itu, Jada Pinkett yang mengalami masalah keguguran rambut. Jangan kerana mulut, badan jadi binasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI