fbpx

Ibu tunggal buat laporan palsu kena samun didenda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang ibu tunggal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini akibat membuat laporan polis palsu konon disamun di stesen minyak.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Lim Zhi Yin ,25, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama sebulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Zhi Yin didakwa memberi maklumat secara bertulis yang tertuduh mengetahui ia adalah palsu sehingga menyebabkan pegawai penyiasat polis melakukan siasatan.

Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Serdang di sini pukul 11.45 pagi pada 10 Jun lalu (2022) yang didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu ketika prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan perlu menjaga tiga anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah membuat laporan polis menyatakan telah disamun oleh dua lelaki menggunakan pisau di tandas sebuah stesen minyak di sini.

Namun setelah disiasat, pihak polis mendapati tiada kejadian samun berlaku dan tertuduh kemudiannya mengaku membuat laporan polis palsu.

Sementara itu di mahkamah sama seorang kelindan lori turut didenda jumlah sama selepas mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh R. Drhaarmailingam, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di Balai Polis Kelana Jaya di sini pukul 9 malam pada 12 Jun lalu (2022) yang mana pertuduhan dikemukakan mengikut seksyen dan hukuman sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI