fbpx

Hujan lebat, ribut petir di tiga negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiga negeri dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Di Perak, antara kawasan yang terlibat adalah Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Bagi negeri Selangor pula ia melibatkan daerah Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat dan Sepang,”katanya hari ini.

Menurut MetMalaysia untuk Negeri Sembilan pula, amaran cuaca tersebut hanya dikeluarkan untuk kawasan di Port Dickson sahaja.

Jelasnya, amaran cuaca ini dijangka sehingga pukul 10 pagi hari ini dan ia dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI