fbpx

Direman komplot tuntutan palsu insurans kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga termasuk pemandu kenderaan jbatan kerajaan ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Tiga lelaki termasuk pemandu kenderaan sebuah jabatan kerajaan yang disyaki berkomplot membuat tuntutan palsu insurans kemalangan kereta pada tahun lalu direman antara dua hingga empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 22 hingga 37 tahun dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaman selepas permohonan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, mereka ditahan petang semalam selepas hadir ke pejabat SPRM Selangor.

Katanya, suspek tersebut adalah melibatkan runner bengkel, pegawai keselamatan dan pemandu sebuah jabatan kerajaan.

“Suspek-suspek terbabit disyaki terlibat dalam urusan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu berkaitan tuntutan insurans kemalangan kereta jenis Perodua Alza atas seorang penama pada tahun lalu.

“Namun, siasatan mendapati tiada tuntutan insurans yang dibuat oleh penama tersebut. Jumlah tuntutan itu masih dalam siasatan lanjut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI