fbpx

Covid-19 : Semua kategori kes catat peningkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia semalam kembali merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,919 kes berbanding kelmarin, 2,092 kes sekali gus mengatasi 1,564 kes sembuh.

Berdasarkan laman web CovidNow, Selangor hari ini mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 821 kes diikuti Kuala Lumpur (351), Pulau Pinang (136), Negeri Sembilan (105), Perak (69), Sabah (82), Melaka (76), Sarawak (76), Johor (58) dan Kedah (58).

Ia diikuti Putrajaya (32), Terengganu (17), Pahang (17), Perlis (6) dan Labuan, dua kes.

Menurutnya, pesakit Covid-19 yang masih diwadkan kepada 430 orang berbanding kelmarin, seramai 411 orang, manakala kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 32 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 18 kes berbanding jumlah kelmarin, 12 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI