fbpx

Amber Heard bukan heroin Aquaman 2, kemunculan hanya 10 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warner Bros menegaskan skrip yang ditawarkan adalah sama seperti persetujuan awal dan tiada sebarang potongan dilakukan. - imdb

BANDAR RAYA NEW YORK – Presiden DC Films di Warner Bros., Walter Hamada mendedahkan bahawa babak aktres Amber Heard tidak pernah dipotong daripada filem sekuel Aquaman 2, lapor laman Entertainment Weekly.

Menurut Hamada, sekuel tersebut memfokuskan kisah antara Aquaman lakonan Jason Mamoa bersama abang tirinya, Orm yang dimainkan oleh Patrick Wilson.

“Pihak kami tidak pernah menawarkan watak sebagai heroin atau salah satu karakter utama kepada Heard dalam Aquaman 2 kerana jalan cerita kali ini adalah mengenai dua beradik tersebut.

“Babak Heard tidak dikurangkan atas alasan perbicaraan berprofil tinggi dia dengan bekas suami, Johnny Depp. Skrip yang ditawarkan adalah seperti itu sejak awal persetujuan kontrak,” kata Hamada dalam kenyataan deposisi mahkamah.

Menurut sumber, Heard yang memegang watak Ratu Mera hanya muncul selama 10 minit dalam Aquaman 2.

Semasa perbicaraan kes fitnah menentang Depp, Heard memberitahu mahkamah bahawa babaknya dalam filem Aquaman 2 dipotong menjadi singkat susulan perhatian meluas peminat mengenai isu tersebut.

Namun begitu, dua minggu kemudian, jurucakap Heard menafikan bahawa babak aktres itu dipotong atau disingkatkan dan menggambarkan berita tersebut sebagai tidak tepat dan tidak sensitif.

“Ini adalah khabar angin yang tidak masuk akal,” kata jurucakap Heard yang merujuk kepada berita mengenai Warner Bros mahu membuat uji bakat baharu untuk mencari pengganti watak Mera.

Aquaman 2 dijangka ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2023. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI