PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lima negeri petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, negeri-negeri tersebut adalah Perak, Pahang, Selangor, Johor serta Negeri Sembilan.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir arau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran, ” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.