fbpx

30 rumah dipukul ribut di Ajil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ruang tamu rumah Rosidah yang musnah dihempap pokok dalam kejadian ribut di Kampung Bukit Kolam, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan akibat dipukul ribut di Kampung Bukit Kolam, Ajil di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu turut menyebabkan puluhan pokok di perkampungan itu dan sekitarnya hingga ke pekan Ajil di sini tumbang.

Salah seorang penduduk terlibat, Rosidah Tawang, 56, berkata, sewaktu kejadian, dia bersama empat cucu sedang berehat di dalam rumah.

“Kami tiba-tiba dikejutkan dengan angin kencang yang berserta hujan lebat dan kilat. Cucu saya menjerit ketakutan dan menangis.

“Saya cuba meredakan dengan memeluk erat kesemua mereka sebelum sebatang pokok tiba-tiba tumbang menghempap bahagian ruang tamu rumah kami,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Bukit Kolam di sini hari ini.

Rosidah berkata, dinding ruang tamu rumahnya ranap akibat dihempap pokok terbabit.

Ibu tunggal itu bagaimanapun lega kesemua ahli keluarganya termasuk cucu-cucunya terselamat dalam kejadian ribut berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI