fbpx

Verstappen bernasib baik di Azerbaijan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN gembira pasukan Red Bull mencatat kemenangan 1-2 di Litar Baku City selepas rakan sepasukan, Perez menamatkan perlumbaan di tempat kedua. – AFP

BAKU – Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen mengakui dia bernasib baik untuk memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Azerbaijan di Litar Baku City malam kelmarin selepas pencabar terdekat dari Ferrari, Charles Leclerc gagal menamatkan saingan.

Leclerc tersingkir daripada perlumbaan pada pusingan ke-20 selepas jenteranya berdepan masalah teknikal sehingga membuka laluan buat Verstappen untuk memintas dan memimpin perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

Justeru, Verstappen yang juga juara dunia berkata, insiden yang menimpa Leclerc nyata memberi kelebihan kepadanya memandangkan pelumba kelahiran Monaco itu sudah jauh berada di hadapan sebelum jenteranya berdepan masalah.

“Saya akui kami hanya bernasib baik pada perlumbaan hari ini (kelmarin) kerana Charles (Leclerc) berdepan masalah jentera. Jika tidak, saya fikir dia ada peluang lebih besar untuk menang.

“Bagaimanapun, jentera Red Bull berada dalam keadaan baik dan sangat pantas sepanjang perlumbaan. Saya gembira ke­rana kemampuan jentera sangat seimbang sehingga memberi ke­lebihan kepada kami,” katanya.

Pada masa sama, pelumba kelahiran Belanda itu gembira memandangkan Red Bull mencatat kemenangan 1-2 di Litar Baku selepas rakan sepasukan, Sergio Perez menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

“Menamatkan perlumbaan dengan kedudukan 1-2 adalah sesuatu yang sangat bagus untuk pasukan. Saya tidak tahu apa yang memberi kelebihan kepada kami hari ini (kelmarin), mungkin cengkaman tayar yang baik,” ujar Verstappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI