fbpx

Superbest Power tawar peluang niaga kepada penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamal menunjukkan produk keluaran Superbest di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini

KUALA LUMPUR – Superbest Power Health Food & Beve­rages Sdn. Bhd. (Superbest Power) kini membuka peluang perniagaan tanpa modal menerusi program Jom Jadi Bos bagi membantu individu terutamanya penghantar makanan mengembangkan kerjaya mereka.

Pengarah Urusannya, Kamal Mohd. Nor berkata, program itu disasarkan kepada golo­ngan penghantar makanan ke­rana mereka memiliki hubu­ngan baik dengan pengusaha restoran dan kedai makan.

“Buat permulaan, Superbest Power sedia memperuntukkan modal sebanyak RM5,000 hingga RM20,000 bagi membekal produk dan juga barangan asas lain kepada individu yang berminat menjadi usahawan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Superbest Power telah berada di pasaran sejak 2007 dan kini memiliki 11 rangkaian produk dengan mencatat jualan keseluruhan melebih RM1.5 juta sebulan.

Tambah Kamal, buat permulaan, individu yang menyertai program berkenaan akan memulakan perniagaan dengan membawa rangkaian produk Superbest Power di lokasi yang ditetapkan atau memiliki lokasi pilihan sendiri.

“Kami menyasarkan setiap usahawan ini dapat membuat jualan RM50,000 hingga RM150,000 dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Inisiatif itu merupakan u­saha yang baik bagi membantu golongan penghantar dan individu yang memerlukan pendapatan tetap atau tambahan.

“Selain itu, ia dapat me­nyuntik sema­ngat mereka untuk menjadikan perniagaan sebagai kerjaya baharu,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI