fbpx

Stadium Nasional Bukit Jalil ‘ditutup’ bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALITI padang di Stadium Nasional Bukit Jalil dikritik hebat susulan berkeadaan rosak sepanjang kempen kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung ketika ini. - Foto oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI

PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup bagi kerja baik pulih dijalankan berkuatkuasa esok.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihak kementerian memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti SNBJ pada kempen kelayakan Piala Asia 2022 ketika ini.

Beliau berkata, pihak kementerian tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan yang sewajarnya.

“Isu kualiti padang serta fasilitinya adalah isu legasi yang harus ditangani secara pantas dan tuntas. Perancangan awal KBS adalah menutup SNBJ pada penghujung Mac tahun depan untuk memulakan kerja-kerja baik pulih namun keadaan semasa memerlukan tindakan yang lebih segera.

“Keperluan baik pulih dan penambahbaikan adalah amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan. Dengan ini, KBS ingin memaklumkan bahawa SNBJ akan ditutup mulai Rabu (esok) bagi kerja baik pulih dimulakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor menyatakan hasrat untuk menaja kos penukaran padang bernilai lebih RM1.2 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN