fbpx

Seorang lagi lelaki tular rompak 2 wanita depan rumah didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian samun yang tular melibatkan dua wanita depan rumah di Bandar Tun Razak pada Mac lalu.

KUALA LUMPUR – Sorang lagi lelaki yang merompak dua wanita di hadapan sebuah rumah di Bandar Tun Razak di sini pada Mac lalu sehingga tular di media sosial didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Rahmat Hidayat Taswir, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi.

Rahmat Hidayat bersama dua rakannya yang telah dituduh didakwa melakukan rompakan dengan menggunakan senjata ke atas Shofiah Hamzah, 77, dan anaknya, Nor Taibah Taazim, 34, di Cheras di sini pada 26 Mac lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh, namun mencadangkan jumlah RM15,000 sekiranya mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan yang minimum.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan kes.

Pada 28 April lalu, Kosmo! Online melaporkan dua rakan tertuduh, Muhammad Iqbal Ali Bakar, 34, dan Abu Mukhzim Badarul Sham, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen di sini.

Pada 26 Mac lalu, tular sebuah video memaparkan seorang warga emas disamun dua lelaki bermotosikal yang bersenjatakan parang menyebabkan dia kerugian RM25,000 di Cheras.

Dalam kejadian pukul 9 pagi, wanita berusia 77 tahun itu berada di luar kediaman anaknya untuk pergi makan. Susulan kejadian itu, mangsa luka di bahagian tangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI