fbpx

Sembuh kanser payudara, Mahima perlukan kasih sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHIMA CHAUDHRY

AKTRES Mahima Chaudhry mengejutkan dunia hiburan Bollywood apabila membuat pendedahan tentang derita kanser payudara yang dihidapinya.

Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan, dia kini disahkan sembuh dan kembali aktif meneruskan karier seni. Mahima dilihat sibuk menjalani penggambaran untuk sebuah filem berjudul The Signature dalam sebuah video yang dikongsikan aktor Anupam Kher.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai respons daripada peminat yang berasa simpati melihat keadaan Mahima tetapi pada masa sama berbangga kerana bintang filem berusia 48 tahun itu sangat kuat melawan penyakitnya.

Lebih mengejutkan, aktres yang terkenal menerusi filem Pardes itu mendedahkan dia tidak pernah memaklumkan ibu bapanya tentang penyakit tersebut.

“Saya tak pernah kongsi tentang hal ini kepada mereka. Jadi mereka dengar mengenainya menerusi berita. Saya mahu pulang dan bersama mereka,” katanya yang ketika itu berada di Lucknow.

Berkongsi tentang keadaan kesihatannya, Mahima berkata: “Saya sudah sembuh sepenuhnya. Saya cuma perlukan kasih sayang dan sokongan untuk meneruskan hidup.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI