fbpx

Rumah RM1.2 juta dijual, Shuk Sahar mula punggah barang keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK kini dalam proses untuk berpindah ke kediaman lain setelah rumah yang pernah didiami bersama keluarganya sudah bertemu pemilik baharu.

PETALING JAYA – Pelawak Shuk Sahar akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rumah banglo bernilai RM1.2 juta miliknya selepas kediaman mewah tersebut sudah mempunyai pembeli.

Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkongsi perkara terbabit menerusi satu muat naik video yang agak memilukan dalam Instagram.

Dalam video dimuat naik, kelihatan perabot-perabot mula dipunggah keluar daripada rumah tersebut dengan menggunakan sebuah lori.

Satu per satu barangan yang semestinya memiliki nilai tersendiri kepada diri Shuk, 36, dan keluarga dikosongkan dari rumah yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor itu.

“Insya-Allah, ada yang lebih baik. Selamat tinggal Ferrea (nama rumah tersebut),” ujar bekas penyampai radio Hot FM itu.

Menjengah ruangan komen, ramai yang berkongsi rasa dukacita namun pada sama mengingatkan Shuk bahawa apa yang terjadi patut menjadi pengajaran dalam hidupnya.

“Sebenarnya jadi pengajaran buat semua. Isteri itu pintu rezeki buatmu. Kau berjaya macam mana sekalipun sebahagian rezeki itu milik isteri dan anak-anak.

“Tetapi, apabila hati isteri tak dijaga anak-anak terabai kasih sayang dan masa, Allah bagi pengajaran. Rahsia takkan kekal selamanya sebab seorang isteri ada naluri yang kuat yang suami tiada.

“Kasihan pada isteri yang diseksa hati dan perasaannya. Penderaan mental,” ujar pengguna Instagram tersebut.

Terdahulu, menerusi sesi live di TikTok Shuk Sahar memaklumkan mahu menjual rumah banglo miliknya pada harga RM1.2 juta.

Katanya, alasan menjual rumah berkenaan adalah kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Kata Shuk lagi, dia nekad menjual rumah berkenaan kerana dalam masa yang sama perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN,” katanya.

Sehingga kini, status hubungan Shuk dan isterinya juga belum dapat dipastikan selepas wanita asal Sabah itu memfailkan perceraian pada November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI