fbpx

Penternak ayam didakwa kenakan caj tangkap ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharuddin (kanan) sedang memeriksa sebuah premis pemborong ayam di Mengabang Telong, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menerima aduan yang mendakwa penternak telah mengenakan caj tambahan baharu iaitu menangkap ayam.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, berdasarkan aduan itu, caj antara 70 sen hingga 75 sen dikenakan bagi sekilogram ayam.

“Berdasarkan invois dikemukakan oleh pemborong, wujud caj tambahan menangkap ayam oleh peladang.

“Kita akan melakukan siasatan terus terhadap peladang ayam terlibat tentang caj tambahan yang tidak sepatutnya wujud tersebut,” katanya sewaktu mengetuai pemeriksaan mengejut di sebuah premis pemborong ayam di sini hari ini.

Saharuddin berkata, situasi berkenaan tidak sewajarnya berlaku kerana penternak ayam sudah diberikan subsidi oleh kerajaan bagi menampung kos bekalan dan import bahan makanan.

Jelas beliau, caj menangkap ayam yang tidak munasabah tersebut sekiranya benar telah mewujudkan kenaikan harga di setiap rantaian.

“Pemborong pula mengenakan caj pengangkutan kepada peruncit manakala peruncit mengenakan caj memotong ayam, beg plastik dan air batu kepada pengguna.

“Pengguna yang terpaksa menanggung kesan buruk apabila sikap peniaga daripada setiap rantaian yang suka mengambil kesempatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI