fbpx

Penjual pisang goreng mengaku salah menyamar pegawai KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faizal ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang penjual pisang goreng mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyamar pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan menipu RM3,000 daripada pemilik syarikat pembekalan gas.

Tertuduh, Muhammad Faizal Abdul Hakil, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Ogos ini untuk tarikh mengemukakan fakta kes dan jatuh hukuman.

Muhammad Faizal bersama seorang lagi yang telah dituduh menyamar sebagai pegawai KPDNHEP bagi menipu pemilik syarikat pembekalan gas berusia 48 tahun sebanyak RM3,000.

Kesalahan dilakukan di sebuah stesen minyak di Seksyen 7, Kota Damansara dekat sini pada 6 April 2013.

Sabit kesalahan, lelaki itu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Noryusriza Zulkifli.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan menyerahkan pasport dan melaporkan diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan.

Kosmo! pada 29 November 2021 melaporkan peniaga online, Aidil Akram Harun, 38, didenda RM4,000 dan dijel sehari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan sama. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI