fbpx

Pengantin lelaki tumbuk kepala isteri kerana tewas permainan kuiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang menunjukkan pengantin lelaki menumbuk isterinya semasa majlis perkahwinan mereka. - Daily Mail

TASHKENT, Uzbekistan – Seorang pengantin lelaki tergamak menumbuk kepala isterinya hanya kerana tidak dapat menerima kekalahan dalam satu permainan yang dilakukan semasa majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Menerusi satu paparan  video, pasangan pengantin baharu itu berdiri di atas pentas beberapa saat selepas permainan selesai.

Apabila lelaki itu menyedari dia  tewas di tangan isterinya, dia tiba-tiba menumbuk belakang kepala wanita tersebut dengan kuat.

Pengantin perempuan pada mulanya tercengang dengan tindakan suaminya sebelum menangis kesakitan. Semua tetamu berhenti ketawa apabila menyedari insiden tersebut adalah sesuatu yang serius.

Pengantin perempuan telah dibawa turun dari atas pelamin oleh pengapit sambil tangannya kekal memegang bahagian kepala yang ditumbuk.

Tidak diketahui apa yang berlaku selepas penggambaran dihentikan dan sehingga kini, tiada kenyataan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut.

Rakaman perkahwinan itu telah menjadi tular media sosial di Asia Tengah dengan orang ramai menyelar perbuatan pengantin lelaki itu.

“’Ini sangat menyedihkan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Saya harap wanita itu akan mendapat keberanian untuk mendakwa pengantin lelaki dan memastikan dia bertanggungjawab atas tindakannya,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI