fbpx

Pemuda tanggung derita seumur hidup akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luqman Hakim terpaksa menjalani rawatan dialisis sepanjang hayat selepas dijangkiti Covid-19 tahun lalu.

PUTRAJAYA – Seorang pekerja kedai di Bangi, Selangor dekat sini terpaksa menanggung penderitaan dengan perlu menjalani dialisis sepanjang hayat selepas pernah disahkan positif Covid-19 kategori lima pada Januari tahun lalu.

Lebih memilukan apabila wabak tersebut turut menyebabkan Lukman Hakim Abu Bakar, 30, mengalami masalah buah pinggang yang serius selain memerlukan tongkat untuk berjalan dan perlu menggunakan alat khas (peti suara) ketika bercakap.

“Saya memang mempunyai masalah buah pinggang tetapi tidaklah sampai perlu dialisis. Doktor nasihatkan untuk saya menjaga pemakanan dan jika mengikuti pantang larang makan, saya tidak perlu melalui proses tersebut.

“Bagaimanapun, disebabkan jangkiti Covid-19, ia menyebabkan masalah buah pinggang saya bertambah teruk.

“Malah, saya menghidap diabetes sejak berusia 12 tahun, sekali gus dikategorikan sebagai individu berisiko tinggi ketika dijangkiti Covid-19,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Bangi baru-baru ini.

Mengimbas kembali pengalaman dijang­kiti Covid-19, anak ke­dua daripada enam beradik itu berkata, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang pada 21 Januari tahun lalu dan terpaksa ditidurkan selama dua minggu.

“Sewaktu dibawa ke bahagian kecemasan Hospital Serdang, saya terus tidak sedarkan diri dan kemudian ditidurkan. Selepas sedar, barulah saya dimaklumkan bahawa sudah dua minggu saya ditidurkan,” ujarnya.

Katanya lagi, ibu serta kakak dan adik bongsunya turut dijang­kiti Covid-19, namun tidak sete­ruk yang dialaminya.

“Selepas keluar dari wad, saya tidak boleh berjalan dan perlu menggunakan kerusi roda selama setengah tahun. Saya juga perlu memakai lampin pakai buang dan bantuan oksigen kira-kira dua hingga tiga bulan.

“Alhamdulillah, kesihatan semakin baik serta boleh bekerja semula. Saya bersyukur kepada Allah dan sehingga kini, saya masih mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan dijangkiti Covid-19 walaupun negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI