fbpx

Pas sedia lawan jika PRU-15 dibuat lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin

PUTRAJAYA – Pas melahirkan kesediaan untuk bertanding jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan lebih awal sebelum Parlimen terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam nada optimis berkata, pihaknya bukan takut kalah sekiranya PRU diadakan tahun ini bahkan sedia berlawan sesiapa sahaja.

“Namun, setakat ini tiada sebab PRU itu perlu dibuat tergesa-gesa, bukan sebab Pas takut kalah, kita lawan tetap lawan sebab dalam PRU tidak ada pun keputusan yang seri,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli bercakap pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Kementerian tersebut di Wisma Sumber Asli, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, tempoh Dewan Rakyat penggal ke-14 masih ada baki setahun dan pihak kerajaan pula ada tanggungjawab memulihkan negara pasca Covid-19.

“Kuasa bubar Parlimen sebenarnya bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat Kabinet dan bukan daripada Perdana Menteri yang kena juga rujuk Kabinet,” katanya.

Sehubungan itu beliau secara peribadi berpendapat tindakan pemimpin tertentu UMNO dan Pas berbalas-balas kenyataan mengenai isu tersebut bukan pandangan parti masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI