fbpx

Padah curi telefon bimbit warga emas uzur, wanita didenda RM2,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

REMBAU – Seorang wanita didenda sebanyak RM2,300 di Mahkamah Majistret Rembau, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri telefon bimbit seorang warga emas uzur di Taman Clonlee, Tampin, 9 Jun lalu.

Tertuduh, Nur Shuhada Hizamudim, 28, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pada 9 Jun lalu telah melarikan telefon bimbit jenis Vivo milik seorang warga emas lelaki yang terlantar sakit akibat stroke.

Kejadian berkenaan dilaporkan isteri mangsa setelah suami mangsa memaklumkan kepadanya sebaik pulang ke rumah dari pasar pada pukul 11.15 pagi.

Tertuduh telah masuk ke dalam rumah mangsa dengan helah untuk meminjam telefon warga emas berkenaan bagi menghubungi suaminya susulan keretanya mengalami kerosakan sebelum melarikan telefon bimbit tersebut.

Oleh yang demikian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,300 atau sekiranya gagal menjelaskan bayaran penjara enam bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hasryzal Badasary. Difahamkan tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI