fbpx

Negara kehilangan tokoh pejuang pendidikan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah daripada Perdana Menteri.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemergian Allahyarham Tun Arshad Ayub sebagai satu kehilangan buat negara.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, ini kerana Allahyarham merupakan seorang tokoh pejuang pendidikan yang amat besar sumbangannya kepada negara.

“Sedih dan sayu mendapat khabar ahli akademik dan pendidik terbilang, Tun Arshad Ayub meninggal dunia pada awal pagi ini.

“Negara kehilangan seorang tokoh yang sangat berjasa dan meninggalkan legasi yang tidak ternilai untuk Keluarga Malaysia,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Allahyarham adalah seorang pendidik berpandangan jauh yang memberi impak besar kepada pendidikan negara.

Katanya, legasi Allahyarham khususnya menubuhkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah melahirkan banyak profesional dan juga usahawan tekno Melayu di negara ini.

“Kini universiti tersebut telah melahirkan lebih 700,000 graduan. Allahyarham juga menunjukkan pencapaian yang luar biasa dalam semua bidang yang diceburi.

“Beliau turut terlibat merancang agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan negara yang menjadi teras pentadbiran Tun Abdul Razak dalam memacu Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya.

Menurut Ismail Sabri, keazaman, kebijaksanaan dan kerja keras Allahyarham tanpa mengenal erti penat lelah untuk negara serta seluruh Keluarga Malaysia wajar diteladani.

“Saya dan Keluarga Malaysia mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI